Info serba ringkas dan padat tentang biz neh. Perkataan “K” ini berasal daripada nama Pengasas Kin International Berhad dan K Gen Loyalti Sdn Bhd adalah salah sebuah anak syarikat dibawah naungan Kin International Bhd. Keutuhan platfom K Gen Loyalti turut diperkuatkan dengan usahasama yang terjalin diantara K Gen Loyalti bersama GHL Systems Bhd iaitu sebuah syarikat yang membekalkan terminal pembayaran dan juga loyalti kepada kebanyakkan institusi-institusi bank di Malaysia dan seluruh rantau Asean. Syarikat ini juga terpampang di dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Keistimewaan yang terdapat di platfom K Gen Loyalti berbanding program-program loyalti lain adalah ia merupakan program loyalti dengan gabungan platfom “Bisnes Pengenalan” kepada ahli-ahli untuk mendapatkan lebih lagi mata ganjaran K Gen Loyalti dan ganjaran-ganjaran yang menarik. Pada masa yang sama, konsep program loyalti boleh dimanfaatkan kepada ahli-ahli mahupun individu-individu luar yang mempunyai perniagaan sendiri untuk bekerjasama dengan K Gen Loyalti dalam menambahkan lagi keuntungan perniagaan mereka dengan mengaplikasikan konsep loyalti dan seterusnya menambahkan lagi pelanggan mereka melalui ahli-ahli K Gen yang tersedia-ada hanya dengan cara mudah iaitu “menjadi merchant kepada K Gen Loyalti”. K Gen loyalty juga memberikan mata ganjaran kepada ahli-ahli K Gen setiap bulan dan dengan mata ganjaran ini, ahli-ahli boleh menggunakannya untuk pelbagai kegunaan seperti penebusan baucer tunai yang ditawarkan apabila memperkenalkan program ini kepada individu baru, menebus barangan esklusif K Lifestyle, dan pelbagai lagi barangan dan ganjaran menarik yang akan datang! Di dalam program K Gen loyalti ini ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, profesion, dan juga usia dan bukan itu sahaja;

K Gen loyalti ini turut berfungsi sebagai sebuah platfom untuk mencari kenalan baru, dan seterusnya akan berevolusi menjadi salah sebuah rangkaian ahli yang paling besar yang boleh diaplikasikan dalam bukan sahaja mencari kenalan baru malahan sebagai tempat untuk berinteraksi sesama ahli. Oleh itu, matlamat utama K Gen bukan hanya sekadar berfungsi sebagai platfom untuk menerima pelbagai ganjaran, malahan lebih dari itu. Pada masa ini, K Gen loyalti telah berkembang merentasi rantau asia iaitu China, Indonesia, Thailand, singapura dan juga Malaysia. Tidak mustahil pada suatu hari nanti, nama K Gen Loyalti akan menjadi salah sebuah syarikat gergasi di persada dunia dan akan menjadi kebanggan kita bahawa syarikat ini lahirnya daripada tanah air kita sendiri “Malaysia”. Dalam menempuh dunia globalisasi ini, kita juga tidak boleh alpa kepada yang memerlukan oleh itu, tidak dilupakan juga peristiwa bersejarah 13 mac “Dazzling Runway”dimana Pengasas kepada Kin International Bhd telah menyumbangkan RM 1 juta kepada Yayasan Maahad Tahfiz di bawah naungan “YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BARIAH”. Usaha ini turut diteruskan dengan “I Care” iaitu salah sebuah badan kebajikan di bawah naungan Kin International Bhd dengan sumbangan pelbagai barangan kepada rumah anak-anak yatim dan juga pusat jagaan orang-orang tua. Visi dan misi syarikat Kin International Berhad adalah supaya kita bukan sahaja Berjaya menjadi syarikat Malaysia yang tersohor malah, sebagai sebuah syarikat yang dapat berbakti kepada bangsa dan Negara.










K GEN LOYALTY (http://www.kgenloyalty.com) - Neh adalah first event for K Gen Loyalty Business... yeah i get involve in this great event :D